Apakah Itu Habbatul Barakah

5 comments


Jika ingin membuat pesanan sila berhubung dengan baha di 0139124948 email terataionline@gmail.com


harga bagi setiap 1 kotak rm11 termasuk kos penghantaran



Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)


Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.
Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda' antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).



LAGI FAKTA TENTANG HABBATULSAUDA (BARAKA)

Hasil Kajian Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen.

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahawa kesan antibakteria dan antimikotis dari minyak habbasSauda yang merupakan ubat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para doktor di Mesir dan China menggunakannya untuk segala macam radang serta infeksi . Bahkan, para ilmuwan cancer Amerika telah membuktikan bahawa minyak habbasSauda menurunkan kadar gula.

Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demikian tulisan para ilmuwan cancer Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merosak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSauda sebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengubatan cancer. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan buku yang pertama mengenai penemuan "Study Of Black Cumin Oil On Human". Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia.

Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudauntuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronik dan kesan-kesannya.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahawa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengubatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengubatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.


Di bawah ini sy sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

HABBATUS SAUDA HERBA AJAIB

0 comments

HABBATUS SAUDA’ (BIJIRIN HITAM) (BLACK SEED)
Habbatul barakah ~ The seed of blessing
Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.


Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

PENGENALAN

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali), Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve (Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.

SEJARAH BLACK SEED

Dilapurkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.
Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah.


KHASIAT HABBATUS SAUDA’ PADA KESIHATAN

Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan habbatus sauda’ secara spesifik ke atas jenis-jenis sakit dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.

Kepala
Sakit kepala
Sakit gigi
Migraine
Kelemumur
Kelumpuhan muka (facial palsy)
Amnesia
Pengeluar kahak (expectorant)
Lumpuh
Selsema
Katarak
Radang gusi
Gusi berdarah
Sakit telinga
Mencerdaskan mental

Dada
Radang
Juandice
Batuk
Batuk kering
Bronkial asthma
Kardiak asthma
Paru-paru berair
Degupan jantung (palpitation)
Menambah susu ibu
Merawat sistem pernafasan
Cirrhosis of liver
Memperbaiki kontur buah dada

Perut
Batu karang
Batu hempedu
Gastrik
Ulser
Merawat sisitem
Penghadaman
Senggugut
Memusnah organisma dlm
Hati,limpa & buah pinggang
Membunuh
Parasit
Chronic dysentry
Cirit birit
Colic

Pinggang-kaki
Gout
Keampuhan lelaki
Melancarkan peredaran haid
Mencergaskan seksual
Sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis

Sakit tuan
(Premature ejaculation)
Buasir (Haemorrhoids)

Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan serta fungsi habbatus sauda’ secara umum pada badan manusia dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.

Luka
Infeksi
Psoriasis
Alahan (allergies)
Gigitan anjing gila
Menguatkan kelenjar
Mengatasi kecacatan kulit
Anti-kulat
Anti-oksidan
Gigitan ular
Eruptions
Sclerosis
Kutil (corns)
Sakit tulang (calluses)
Masalah hempedu/hati
(bilious ailments)
Sengal tulang (rheumatism)
Menurunkan kadar kandungan darah

Cold
Kulit kering
Eczema
Bisa lebah dan tebuan
Gatal kulit
Mengelakkan barah
Diabetes mellitus
Anti-bakteria
Anti-radang
Myrmecia
Puerperal fever
Orchitis
Ketuat (warts)
Bengkak (swelling)
Anti punca demam
(Anti-pyretic)
Menghilangkan sakit (analgesic)
Antihistamin aktiviti-sesuai untuk
merawat allergik


Habbatus sauda’ kaya dengan asid lemak poli tak tepu yang membantu mengeluarkan prostaglandin E1 yang fungsinya berkait rapat dengan perkara-perkara berikut

Memperkuat sistem imunasi
Melindungi dinding perut
Infeksi kulit
Memperbaiki metabolisma gula
Blood clots

Jika diolah bersama antibiotic seperti streptomycin dan gentamycin habbatus sauda’ mampu merangsang seluruh aktiviti antibakteria.

Jika diolah bersama erythromycin, tobramycin, doxycydine dan ampicillin habbatus sauda’ menunjukkan fungsi antibakteria yang lebih kuat sehingga mampu membunuh E-Coli, organisma pathogen seperti Candida albicans, staphylococcus dan yis.

Jika diolah dengan bawang putih habbatus sauda’ berfungsi mengharmonikan kembali autoimmune disorder, dan menghalang immune cells dari memusnahkan sel yang sehat. (Autoimmune disorder bererti keadaan dimana pesakit menderita akibat sistem tubuhnya sendiri menyerang fizikal tubuhnya.

Kandungan Habbatus sauda’ terutamanya asid lemak poli tak tepu juga merangsang penambahan pengeluaran prostaglandin E1, satu unsur seakan hormon yang berfungsi sebagai penstabil kepada beberapa fungsi pada tubuh badan seperti :-
i. Fungsi otak
ii. Fungsi saraf
iii. Fungsi jantung


ALERGI – (Contoh Resdung dan Asthma)-Testimoni
Alergi ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan, daripada serangan bersin dan mata berair pada hari panas, sehinggalah kepada ruam merah yang gatal dan pernafasan yang berdehit selepas mengusap haiwan kesayangan atau bibir dan lidah yang bengkak serta muntah-muntah selepas memakan kacang tanah. Secara ringkas, alergi bermaksud “tindak balas berubah” , iaitu tindak balas mekanisma pertahanan badan terhadap bahan-bahan yang biasanya tidak berbahaya. Alergi yang paling kerap berlaku ialah :
i. Rinitis alergi dan gatal mata (alergi konjuntivitis)
ii. Asthma
iii. Ruam kulit yang gatal
iv. Alergi makanan
v. Alergi terhadap sengatan tebuan dan lebah.
vi. Resdung

BAGAIMANA ALERGI BERLAKU.

Kejadian alergi bermula apabila sesaorang terdedah kepada sebarang alergen seperti hama rumah, haiwan peliharaan, debunga dan kulat yang mengakibatkan penghasilan antibodi alergi yang dipanggil imunoglobin E (IgE). Antibodi alergi imunoglobin (IgE) melekatkan dirinya kepada lymphocytes atau antigen yang dipanggil sel-masta. Sel masta mengandungi histamine (sejenis protein), chemoatractants dan bahan kimia lain yang dipanggil leukotrin yang mampu mengembangkan salur darah dan mencerut otot licin (smooth muscle) yang mengelilingi laluan udara paru-paru. Sel masta yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) sebenarnya boleh ditemui pada seluruh kulit dan lapisan hidung, mulut, lidah, laluan paru-paru dan usus kecil. Ia (sel masta) yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) tadi akan pecah lalu membebaskan histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi. Sel masta juga akan menarik sel lain, terutamanya sel darah putih yang dipanggil eosinofil, menyebabkan radang dan kerusakan sel. Histamine dan leukotrin akan menyebabkan bersin dan rasa gatal serta bengkak pada kulit, dalam rongga paru-paru (laluan udara), dan dalam lapisan hidung. Ini menyebabkan benjolan gatal berwarna merah pada kulit, asma dan hidung tersumbat. Keadaan radang yang dirangsang oleh kehadiran eosinofil meningkatkan kepekaan lapisan hidung dan paru-paru dan menghasilkan simptom yang kronik.
AKTIVITI ANTI HISTAMINE-KESAN KEPADA ALAHAN (ALERGIK/RESDUNG)-Testimoni

Histamine (hist = bererti ia terdiri dari keladak sisa (residue) histidine, sementara amine = kerana ia adalah vasoactive amine yang menyebabkan beberapa petanda allegik (allergic symptoms) seperti radang dan pencerutan terhadap smooth muscle.
Histamine adalah sejenis protein yang penting yang menyebabkan kesan-kesan alergik. Sementara alergik adalah disebabkan oleh tindak balas immune terhadap bahan-bahan yang kebiasaannya tidak berbahaya seperti debunga dan habuk (biasa dikenali sebagai alergen) yang akan terlekat pada lymphocytes yang disebut sebagai antigen. Antigen yang bertindak balas itu ialah sel masta (mast cell). Sebenarnya untuk berlakunya tindak balas ini molekul antibodi alergi immunoglobulin (IgE) yang bebas terapung, akan terlekat pada penerima permukaan sel masta (mast cell surface receptors). Sel masta tersebut dengan sendirinya bertidak balas dengan melepaskan histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi.
Oleh kerana tindak balas tersebut hanya disebabkan oleh bahan yang sebenarnya tidak berbahaya pada tubuh, maka membiarkan sistem immunasi berkerja serta bertindakbalas terhadap unsur-unsur penyebab alergik tersebut bererti satu penganiyaan dan gangguan pada tubuh. Dengan itu penggunaan anti histamine akan dapat membantu tubuh supaya dapat hidup dengan lebih selamat dan selesa dengan sistem immune tidak perlu bertindak secara silap.
Hasil kajian pakar-pakar perubatan sejak sekian lama mendapati bahawa nigellone adalah bahan aktif utama yang berjaya dipisahkan dari biji-bijian nigella sativa. Dr. Mahouz dan Dr. El-Dakhakny mendapati bahawa sifat-sifat kimia dan pharmacologinya sangat berkesan melindungi haiwan ujikaji mereka (guinea pigs) daripada histamine bronchospasm yang di induce. tiada mengandungi bahan toksik. Walaubagaimana pun kesan tindak balasnya hanya dapat dilihat setelah beberapa hari.
Dalam tahun 1993, Dr Nirmal Chakravarty telah melakukan satu kajian untuk mempastikan samada crystalline nigellon berkemungkinan menyumbang sebagai agen penghalang pelepasan histamine
Perencatan terhadap pelepasan antigen-induced histamine dapat dilihat dalam gambarajah 1. Putih telur telah digunakan sebagai antigen. Konsentrasi nigellon pada kadar 11ug/mL memberikan 50 % keupayaan perencatan terhadap pelepasan histamine

KEUPAYAAN SEBAGAI ANTI TUMUR

Pada tahun 1998 sekumpulan saintis dari The college of pharmacy, university of Kentucky, USA, mengkaji secara aktiviti in vitro anti tumour pada blackseed mentah (crude) dan juga komponen blackseed yang telah disaring. Dua komponen penting yang disaring adalah thymoquinone (TQ) dan dithymoquinone (DIM).
Dalam kajian ini komponen mentah dan ekstrak minyak blackseed dan juga quinines TQ dan DIM yang disaring dinilai in vitro bagi menentukan tahap toksik terhadap pancreatic adenocarcinoma cell line CFPAC-1 manusia, uterine sarcomacell line MES-SA dan varian MDR, Dx5 , leukekik cell line K562 manusia dan MDR varian R7.
Kadar toksik TQ dan DIM dibandingkan dengan standard rawatan kanser, doxorubicin DOX and etoposide, ETP. Kedua-dua drug tersebut telah terbukti berkesan mengurangkan in vitro cytoxicity bagi sel yang menghasilkan bahan radikal.
Kajian ini mendedahkan yang quinines TQ dan DIM, dua kandungan penting Nigella sativa, sangat memusnahkan (cytotoxic) untuk beberapa jenis sel in vitro manusia. Begitu juga kedua-dua TQ dan DIM sama kesan pemusnahnya untuk MDR sel tumor. Ini memberikan pengharapan bahawa ia mungkin berguna sebagai ubat anti kanser disamping berguna untuk merawat MDR tumor resistant.
Kandungan aktif biji-bijian nigella sativa yang mengandungi sebahagian asid lemak dikaji tentang aktiviti anti tumurnya berbanding Ehrlich ascites carcinoma (EAC), sel Dalton’s lymphonia ascites (DLA) and Sarcoma-180 (S-180). Haiwan yang menerima sel EAC dan black seed didapati tetap normal tanpa tanda-tanda kesan pembentukan tumor. Keadaan ini menjelaskan bahawa bahan aktif mempunyai kesan keupayaan sebagai anti tumor berbanding EAC.Hasil dari kajian juga mendapati bahawa haiwan yang menerima sel DLA dan black seed menunjukkan bahwa bahan aktifnya mampu menghalang perkembangan dan pembentukan tumor sekitar kurang dari 50 % berbanding dengan haiwan yang tidak menerima bahan aktif berkenaan.


KLASIFIKASI SAINTIFIK
Nigella sativa tergolong dalam kelas Magnoliophyta, oder Ranunculales, famili Ranunculales, genus Nigella dan species N.sativa. Dalam bidang botani ia dipanggil Nigella sativa

KOMPOSISI KIMIA
.

Biji habbatus sauda’ mengandungi 1.5% minyak teruap, sementara 37.5% minyak tak teruap. Disamping itu ditemui juga albumen, gula, asid organic, dan glucoside melanthin metarbin.

KOMPOSISI MINYAK.

Habbatus sauda’ mengandungi kandungan asid lemak essential yang tinggi yang sangat mustahak untuk kesihatan optima tubuh. Asid ini tidak boleh diproses guna (disintesis) oleh tubuh badan dalam jumlah yang mencukupi. Oleh itu kehadirannya dalam habbatus sauda’ sangat bermanaafat jika diambil untuk membantu tubuh mendapatkan sumber kesihatan. Persediaan perubatan mengandungi linoleic dan linolenic asids telah digunakan secara meluas untuk merawat menurunkan paras kolesterol darah, eczema, dan penyakit kulit, tekanan pra-haid, berbagai tumor, penyakit pembekuan darah (arterio-thrombotic diseases), rheumatoid arthritis dan sclerosis.



ANALISA VOLATILE OIL
Analisa ke atas kandungan volatile oil (essential oil) di dalam habbatus sauda’ memperlihatkan kandungan bahan-bahannya telah terbukti berkesan memberikan tindakbalas berikut. Bijinya yang mengandungi satu daripada empat volatile oil mengandungi komposisi berikut :-


Keputusan Analisa Volatile Oil

Cymene 32 % Digunakan kerana keupayaannya bertindak menghilangkan sakit pada pengidap rheumatism

Pinene 3 % Jika termakan boleh memberikan sedikit kesan expectorant dan kesan colic. Jika digunakan pada bahagian luaran ia memberikan kesan seperti Cymene.

Carbony 25 % Mempunyai keupayaan sebagai antiseptic dan antibiologikal. Dari ujian lanjut ia disahkan berkesan terhadap organisma gram-positif dan juga organisma gram negative.

Carvone 0.05 % Diketahui mempunyai sifat anti-colic dan flatulence.

Limonene 27 % Berkesan dalam rawatan batukarang

Nigellon semohiprepinon 1.5 % Bila disapukan di dada atau terhidu ia meluaskan saluran pernafasan, menyerap kesakitan yang berpunca dari pengecutan muskular semulajadi (cramps ~ painful involuntary muscular contraction), meningkatkan suhunya, sekaligus mengurangkan kesan akibat bronchial athma dan batuk. Ia juga menghalang pengeluaran histamine

Thymochinon Ia menghalang infeksi, menghilangkan kesakitan, merangsang gall bladder dan berperanan sebagai anti oksidan


SIFAT-SIFAT PHARMAKOLOGI dan TOXIKOLOGI HABBATUS SAUDA’

Tindak balas pharmacologi ekstrak biji habbatus sauda’ (seperti sebahagian komponen aktifnya seperti volatile oil dan thimoquinone) dilapurkan memberikan kesan perlindungan terhadap nephrotoxicity (kesan komplikasi toksik pada buah pinggang) dan hepatotoxicity (kesan komplikasi toksik pada liver) akibat samada dari penyakit atau sumber kimia. Biji dan minyaknya dilapurkan mempunyai aktiviti-aktiviti seperti anti-inflammatory, analgesik, antipyretik, antimikrobial dan antineoplastik. Minyaknya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menambah baik pernafasan. Perawatan ke atas tikus dengan menggunakan ekstrak biji habbatus sauda’ selama masa 12 minggu telah menemukan hasil perubahan haemogram yang meliputi penambahan packed cell volume (PCV) dan haeglobin (Hb) dan penurunan dalam kepekatan plasma kolesterol,triglycerides dan glucose. Bijinya disifatkan sebagai sangat rendah dalam kandungan toksiknya. Pemerhatian ke atas ekstrak dan minyaknya telah menunjukkan ia tiada kesan negative terhadap hati dan buah pinggang. Namun kesan berguna dalam penggunaan biji dan thymoquinone ialah ia mempunyai keupayaan sebagai antioksidan dan cytoprotectif, juga kesannya ke atas setengah punca inflammation

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Peringatan Utk Wanita

0 comments

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !


Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Wallahualam.

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran

0 comments

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurân! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."�


17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."�

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim



[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Undi calon bukan parti, pilih yang amanah - Dr Asri

0 comments


TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."

Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)


Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syar�iyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.

Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: �Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah� (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.

"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.

"Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai," katanya tegas.

Bagi Pengundi Bagan Pinang katanya hendaklah dengan teliti menilai perkara ini dan kesimpulannya ialah memilih yang berkemampuan dan amanah kerana ianya memenuhi tuntutan Islam.

Beliau di samping itu turut menasihati penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

"Jika kita sesama muslim bergaduh dan �berperang� antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?"

Bekas pensyarah itu juga tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya justeru menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup adalah tanggungjawab terhadap Islam

"Maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

"Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)...(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)," katanya merujuk insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Bagan Pinang baru-baru ini.

HarakahDaily.Net/-

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Panadol Merbahaya ???

1 comments

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN,


ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

sebagai alternatif gunala pil habbatulbarakah atau dengan nama habbatussauda....mujarab untuk semua penyakit...
http://www.terataionline.net

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

sutera di helai mawar

0 comments


Yasin - Sutera Di Helai Mawar - The best bloopers are a click away


[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Berbuka dengan air zamzam

0 comments

Setelah lama menyepi,pertamanya saya ingin ucapkan Selamat mnyambut ramadhan karim, stu berita baik.Kepada sesapa ingin membeli air zamzam,bolehla berhbung dgn saya di talian 0139124948. Pengedar dicari untuk sluruh msia

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

sambungan Tips Berkahwin Awal

2 comments

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. “Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya“. “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).

Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang.

Beruntunglah mereka yang mula mengenal Dakwah, jalan dan tuntutannya sejak masih di bangku sekolah atau sebelum berkahwin. Dia boleh menyemak dan memperbetul kembali niatnya untuk berkahwin. Kepada yang telah berumahtangga, masa belum terlewat untuk memperbaharui niat kehidupan yang berbaki. Ketika aku bertekad berkahwin dalam usia muda, belum mencecah 20 tahun, niat paling utama perkahwinan ialah untuk (1) memahami Dakwah ini dengan lebih lagi, (2) bekerja lebih bersungguh dan (3) menyumbang bakti Dakwah kepada kaum Hawa juga, selepas selama ini hanya mencakupi lingkungan kaum Adam sahaja.

Hidup ketika dalam umur 20an dan sedang meningkat dewasa tentunya melalui tekanan sebagai seorang bujang, tanpa pasangan. Pada saya adalah sukar dalam memahami Dakwah ini dengan seoptima dan semaksimanya, hari demi hari, tahun demi tahun dalam keadaan tersebut. Ayat-ayat Allah saw dan Rasulullah saw sendiri menganjurkan kepada para syabab (belia) supaya berkahwin. Jika miskin, ALlah akan cukupkan dengan anugerahNya (An-Nur:32). Dakwah, samada pendakwah atau siapa yang akan didakwahkan, adalah terdiri dari kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Allah Maha Pencipta juga menyebut tentang lelaki dan wanita, di dalam Al-Quran. Sudah tentu kita hanya akan memahami kaum wanita dengan lebih lagi hanya setelah kita berumahtangga. Setelah sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada kaum lelaki, bagaimana kita dapat menyumbang yang terbaik kepada kaum wanita, jika kita bergerak tanpa isteri di sisi. Tentunya akan timbul masalah samada tiada jambatan yang natural (tabie) yang dapat menyampaikan kita secara Syariyy kepada mereka (tanpa isteri) atau jika kita redah juga (sebagai seorang bujang), akan timbul masalah-masalah lain pula samada dari diri kita sendiri atau dari kaum wanita itu sendiri. Ia boleh berpunca dari hati sendiri sebagai lelaki, hati wanita tersebut atau hati orang lain yang memerhati. Begitu logik yang bermain-main di akal fikiran saya ketika itu.

Saya bersyukur, alhamdulillah, dari sejak berumur belasan tahun lagi hingga kini, Dakwah sentiasa menjadi congak teratas di dalam membuat sebarang kira-kira dan keputusan. “Siapa yang Hijrahnya untuk Allah dan Rasul, maka Hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul. Siapa yang Hijrahnya untuk dunia yang diburu atau wanita yang ingin dinikahi, maka Hijrahnya untuk apa yang di nak tu …” (Hadis). Tidakkah Dakwah ini tuntutan tertinggi Allah dan RasulNya. “Siapakah orang yang lebih baik kata-katanya selain dari Pendakwah kepada Allah, beramal saleh dan berkata aku dari kalangan orang Islam” (Fussilat:33). Dari Hadis di atas terasa jaminan Allah, Empunya hati dan cinta, kepada orang yang berkahwin kerana Dakwah – siapa yang berkahwin kerana Dakwah Allah dan RasulNya, maka Allah akan menjaga dan membimbing rumahtangga, isteri dan anak-anaknya nanti, melalui panduan yang ditunjukkan RasulNya.

Aku bertekad untuk teruskan hasrat berkahwin pada tahun 1985 itu, walau berusia muda, belum mencecah 20 tahun. Pinangan dibuat pada bulan Jun 1985 melalui Abang Zulemly Shaari dan isterinya, Kakak Azlin Sanusi dengan syarat kami mesti berkahwin segera. Sekiranya pihak keluarga sebelah perempuan meminta ditangguh sehingga tamat pengajian, maka pinangan itu tidak jadi diteruskan. Itu sahaja. Beruntunglah sekiranya Dakwah telah terlebih dahulu, sebelum calun pemudi, berjaya menambat hati seorang pemuda. Ini hakikat yang difahami dan dihayati di tahun 1985, dicernakan dalam perkahwinan yang berlangsung di Mt Gravatt Mosque, Brisbane pada 27.7.1985, alhamdulillah.

Pada tahun 1996, dihari kematian isterinya setelah 51 tahun bersama, inilah juga hakikat yang saya dapati dari kisah yang diceritakan oleh Mustafa Masyhur, Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 5, di hari perkahwinannya, dia berkata kepada isteri yang baru dikahwininya, “Sebelummu, aku telah berkahwin dengan seorang yang sangat aku cintai, tidak rela aku berpisah darinya. Aku harap engkau faham dan tidak memarahi aku“. Isterinya bertanya, “Siapakah dia?”. Mustafa Masyhur menjawab, “Dakwah di Jalan Allah“. Isterinya menjawab, “Dia adalah tuanku dan aku adalah khadamnya“.

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Tips Berkahwin Awal

0 comments

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Bersambung …

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

SAIZ PAYU DARA MENENTUKAN PERANGAI WANITA?

1 comments

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni sume? Aku pun tak tahu sebab aku bukan seorang wanita. hoho maybe wanita di luar sana lebih mengetahui sifat dan perangai masing-masing.

1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. "Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama," katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. "Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan," katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. "Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya," kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. "Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. "Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks," kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

Ai, macam-macam benda yang boleh dicheck untuk tahu perangai camne. Aku pun tak pasti ni sume betul ke tak. Pikir2 la sendiri ye. Wanita lebih mengetahui segala2nya..hoho cewah. Diharapkan agar perempuan dapat berkongsi maklumat di sini.

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Mengapa Yahudi Bijak?

7 comments

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.


Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

100 cara naikkan traffic blog anda..

0 comments

Ramai di antara rakan-rakan kita di Internet yang mencari tipsmengenai cara promosi, marketing dan advertising yang sesuai bagi web mereka sama ada untuk tujuan personal mahupun bisnes. Di sini saya mengambil sedikit kesempatan untuk menyenaraikan 100 carapromosi yang biasa dilakukan oleh ramai Internet Marketers diMalaysia. Semoga ia dapat membantu anda dlm mempromosikan websecara online ataupun offline. Di sini ada 100 cara promosi untuk tingkatkantraffic web anda seperti berikut :

# 1

Buat blog dan cerita tentang apa² perkembangan tentang web atau diri anda secara lebih dekat. Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru. Search engines juga suka content yang relevant dan fresh spt di blogger.com. Jadikan blog andasebagai satu alat promosi yang berkesan.


# 2

Fokus pada ‘niche’ anda dengan lebih tersusun. Pastikan content web anda berkualiti dan unik. Contohnya spt anda buat web pasal hobi memancing, pastikan anda buatpelbagai tips memancing, reference memancing, produk/service berkaitan, lokasi dan blog mengenai kaki pancing secara lebih terperinci.

# 3

Letakkan fungsi komponen viral seperti social bookmarking - del.icio.us , furl, digg, etc

# 4

Berikan sesuatu percuma ‘free stuff’ atau ‘free download’ supaya orang seronok melayari web anda.

# 5

Sindiketkan content web anda dengan menggunakan function RSS supaya org lain boleh subscribe di mana² RSS reader.

# 6

Letakkan video di Youtube atau Google Video dan masukkan sekali link / url web anda.

# 7

Gunakan Flickr atau Fotolog sebagai batu loncatan promosi gambar-gambar berkaitan dengan web anda. Letakkan gambar yang kelakar atau lucu lebih baik untuk dapatkan publisiti mengenai web anda.

Letak radio atau audio / video streaming di web anda bagi menarik pengunjung.

# 9

Bagi ebook atau report free berkaitan apa² niche dan letakkan url web anda didalamnya.

# 10

Buat namecard / business card dan letakkan url web anda.

ni baru 10 je, nak 90 lagi, email saya di terataionline@gmail.com

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

ramai rakyat malaysia hilang dara sebelum kawin

0 comments

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat negara ini hilang dara atau teruna menjelang usia 22 tahun, sebelum kebanyakan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Secara keseluruhan, kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan hubungan seks sebelum kahwin,” kata Profesor Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia, yang tahun lepas mengetuai satu kajian risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV


Kajian itu mendapati 75 peratus atau 14,121 daripada 18,805 responden yang ditemui adalah aktif seks, di samping menunjukkan 8.4 peratus pernah mengadakan hubungan seks ketika berusia 15 tahun.

Bagi mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun, 34 peratus mengaku mempunyai pengalaman seks.

“Apa yang dapat dikatakan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu membicangkan pengalaman seksual mereka, walaupun masyarakat sudah agak terbuka berhubung perkara ini,” katanya.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa 22 peratus responden mendapatkan perkhidmatan seks daripada aktiviti pelacuran atau gemar bertukar pasangan yang meliputi tidur semalaman, sepanjang tempoh 12 bulan kajian berkenaan.


[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

Tips Kempiskan Perut...

0 comments

[1] Minyak Zaitun

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam
masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau
berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau,
udang dan sebagainya.


Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa
tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan
perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

[2] Limau Kasturi + Kapur Makan

Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata.
Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini.
Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan
lemak/ selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan
ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.

Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari
dan lihatlah hasilnya!

[+/-] ~~ARTIKEL PENUH~~..

 

TerataiOnline For Worldwide Copyright © 2009/2010 TERATAIONLINE™ by tamama's AL AZHAR